SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SK PARIT 6.

BERIMAN BERILMU BERBAKTI

BERIMAN BERILMU BERBAKTI

Rabu, 18 Julai 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TENTANG S.K. PARIT 6

Foto saya
Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Sejarah persekolahan awal Sekolah Kebangsaan Parit Enam bermula pada tahun 1946. Pada masa itu, nama sekolah dikenali dengan nama Sekolah Melayu Parit Enam, Sungai Besar. Bangunansekolah yang pertama di Kampung Parit Enam dibina secara bergotong-royong. Ianya didirikan di sebidang tanah penduduk kampong berhampiran dengan kedai-kedai dan masjid Parit Enam pada tahun 1946. Pada tahun 1952, atas desakan pentadbiran Sekolah Melayu Parit Enam, kerajaan Selangor telah bersetuju membina sebuah bangunan baru di tapak baru di tanah lot No.3746 dan 3747 JKR 30A seluas 6 ekar berhampiran dengan Kampung Tebuk Kencung, Parit Enam. Bangunan ini jaraknya 1 per 4 batu dari tapak bangunan asal. Pada tahun 1953, sebuah bangunan tambahan sebanyak 6 bilik didirikan bagi menampung pertambahan murid-murid di sekolah ini. Bangunan ini hanya berdindingkan separuh sahaja dan disapukan dengan minyak hitam. Pada masa itu bangunan ini dikenali dengan Sekolah Hitam. Pada tahun 1957 Sekolah Melayu bertukar menjadi Sekolah Umum hingga tahun 1960 dan selepas itu bertukar menjadi Sekolah Kebangsaan Parit Enam, Sungai Besar.